Pages

Saturday, July 21, 2012

Info - Diapers dan Penjagaan Kebersihan





1. Untuk bayi berusia 6 bulan dan ke bawah : jangan biarkan bayi anda memakai lampin melebihi 6 jam tanpa ditukar. Bayi berusia 6 bulan ke bawah memerlukan penjagaan kebersihan 3 kali ganda berbanding bayi berusia 6 bulan ke atas.

2. Jangan lewat menukar diapers anak anda melebihi 15 minit selepas dia membuang air besar. Ia boleh menjadi punca alahan kulit. Ini kerana apabila najis bayi dibiarkan lama, ia akan bertindak balas dengan air kencing dan menyebabkan ruam pada kulit bayi terutama yang memakai lampin dari jenis plastik (non-breathable).

3. Galakkan anak anda ke bilik air sebaik sahaja usianya mencecah 2 tahun. Pemakaian lampin tidak seharusnya berlanjutan. Anak anda perlu dilatih lebih awal untuk memudahkan aturan sistem pembuangan yang baik.

4. Lampin yang baik adalah lampin yang memiliki kadar resapan yang tinggi. Ini kerana setiap titis air kencing yang mengalir di kulit boleh mengundang risiko jangkitan kuman.

5. Jangan taburkan bedak pada alat sulit bayi, terutamanya bayi perempuan kerana ia boleh memudaratkan saluran pembuangan air kecil. Adalah lebih baikmenggunakan krim kerana bedak juga boleh mengganggu kadar resapan cecair pada lampin.


Sumber : wanitamelayu.com

Friday, July 20, 2012

Tips - Panduan Memilih Saiz Lampin Bayi



Kadang kala, memilih saiz lampin yang tepat juga memberikan masalah kepada kaum ibu kerana tidak mahukan sebarang pembaziran berlaku jika tersalah saiz lampin yang dibeli berlainan dengan saiz sepatutnya. Jika boleh ditukar kepada saiz lain, ia tidak akan menjadi masalah.

Tambahan pula, ada sesetengah jenama lampin, yang saiz dan ukuran standardnya berbeza dengan jenama yang lain. Namun bagi yang masih keliru dan masih belum tahu, panduan di bawah boleh diguna pakai bagi memilih saiz yang tepat untuk bayi anda.

1) Saiz S - Untuk bayi yang mempunyai berat 3-7kg
2) Saiz M - Untuk bayi yang mempunyai berat 6-11kg
3) Saiz L - Untuk bayi yang mempunyai berat 9-14kg
4) Saiz XL - Untuk bayi yang mempunyai berat 13-19kg
5) Saiz XXL - Untuk bayi yang mempunyai berat 18kg dan ke atas

Walaubagaimanapun, ini hanyalah sekadar anggaran sahaja. Semuanya bergantung kepada keselesaan dan keadaan bayi anda.


Penentuan saiz lampin tidak bergantung pada umur kanak-kanak. Sekiranya kanak-kanak tersebut berusia 1 tahun dengan berat 9kg, dia perlu dipakaikan dengan saiz L. Jika kanak-kanak tersebut berusia 1 tahun dengan berat hanya 7kg, saiz lampin yang sesuai untuknya adalah saiz M. Timbanglah berat anak anda dan dapatkan saiz lampin yang bersesuaian demi keselesaannya.

Bagi kanak-kanak dengan berat melebihi 15kg, saiz lampin yang bersesuaian adalah XL. Walau bagaimanapun, kebanyakan kanak-kanak Malaysia (dengan berat 15kg ke atas) telah boleh dilatih untuk ke bilik air dan ia amat digalakkan memandangkan pemakaian diapers yang terlalu lama adalah tidak efektif untuk perkembangan dan pembesaran kanak-kanak.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...